Isabella  ialah nama yang tidak asing lagi dalam sejarah perkembangan Islam di  Sepanyol terutamanya dalam bidang perbandingan agama Islam dan Kristian  di Bandar Cordova iaitu bandar sejarah Sepanyol dan merupakan bandar  tercantik di Sepanyol. Terdapat banyak tinggalan bersejarah di Cordova  seperti istana al-Hamra, Qasrul Syuhada (makam para syuhada), masjid  Cordova dan jug ataman tercantik di Sepanyol iaitu Rabat Yamani.
Isabella  hidup pada zaman kegemilangan Islam di Sepanyol iaitu selepas zaman  pengembangan Islam yang dibawa oleh Tariq Ziad dan Musan bin Nusair.  Isabella pada asalnya ialah seorang penganut Kristian yang taat dan  patuh pada agamanya. Beliau merupakan anak kepada seorang ketua paderi  di Cordova. Penganut Kristian pada masa itu sangat bencikan Islam dan  menanggap penganut Islam sebagai kafir dan syaitan. Penganut Kristian di  Cordova pada waktu itu berpegang pada doktrin Trinity iaitu dotrin 3  Tuhan iaitu Tuhan Bapa. Tuhan Anak dan Roh Kudus. 
Isabella pada  usia mudanya sentiasa mempelajari dan mengkaji tentang agamanya iaitu  Kristian. Beliau sentiasa cuba untuk mencari kebenaran dalam agama  Kristian dan berusaha menghayati prinsip-prinsip agama Kristian. Ketika  kebenaran Islam terbentang di hadapannya maka dia memilih Islam sebagai  agama baru. Isabella dengan berani menentang kehendak ayahnya agar  kembali kepada Kristian meskipun dirinya dan diseksa bukan sahaja oleh  bapanya malah oleh seluruh umat Kristian Cordova. 
Selepas  mengharungi ranjau yang pedih sebagai muslim. Beliau akhirnya menjadi  seorang tokoh perbandingan agama yang ulung bahkan seorang muhaddisah  iaitu ahli hadis di Cordova. Beliau juga telah mengasaskan Institut  Pengajian al-Quran di kediamannya sendiri. Umur Isabella ketika memeluk  Islam tidak diketahui dengan jelas tetapi seorang tokoh penulisan Islam  iaitu Maulana Saeed Dehlvi yang berketurunan Pakistan dan mengkaji  sejarah Isabella mengatakan bahawa umur Isabella ketika memeluk Islam  ialah 22 tahun dan menjadi tokoh perbandingan agama yang mahsyur pada  usia 34 tahun. 
MENDAPAT HIDAYAH
Isabella  memeluk Islam setelah tertarik dengan kebenaran Islam setetlah  menghakimi sebuah majlis perdebatan Islam dan Kristian di antara para  pelajar Ziad bin Umar iaitu seorang ilmuan Islam tersohor pada waktu  itu. Pihak Islam telah menghantar beberapa murid tersohor Ziad bin Umar  dan antaranya ialah Umar Lahmi dan Muaz al-Andalusi. Manakala di pihak  Kristian pula terdiri daripada paderi-paderi terkenal dan antara mereka  ialah guru agama Kristian Isabella iaitu Father Michael dan Father  Peter. Perdebatan itu diadakan di sebuah gereja besar di Cordova.
Perdebatan  ini berlaku selepas Isabella menghantar surat kapada Umar Lahmi dan  rakan-rakannya untuk berdebat dengan paderi-paderi Cordova mengenai  kebenaran prinsip-prinsip agama Islam dan Kristian. Isabella mencabar  Umar Lahmi dan rakan-rakannya selepas mendengar mereka mempersoalkan  kebenaran agama Kristian. Antara perkara dasar yang diperdebatkan ialah  konsep Trinity, dosa warisan, dan inti sari agama Kristian yang lain.  Namun ternyata kebenaran berpihak kepada Umar Lahmi dan rakan-rakannya,  setiap hujah paderi-paderi Cordova dipatahkan oleh para pelajar Islam  yang diketuai oleh Umar Lahmi. 
Keadaan ini menyebabkan para paderi  bertindak dengan lebih agresif dengan mencerca agama Islam sebagai agama  keganasan dan lain-lain lagi. Isabella yang menjadi juri hakim bagi  majlis perdebatan tersebut memberi keputusan yang berpihak kepada Umar  Lahmi dan menyebabkan kemarahan paderi Cordova terhadap dirinya. 
Antara  peristiwa yang berlaku di dalam majlis perdebatan itu ialah Isabella  pengsan sebaik sahaja mendengar bacaan al-Quran oleh Umar Lahmi. Keadaan  yang terdesak itu menyebabkan ayah Isabella iaitu ketua paderi Cordova  turun berdebat dengan Umar Lahmi tetapi perdebatan itu tidak lagi  berlaku di gereja sebaliknya di rumah Isabella dengan dihadiri beberapa  orang tertentu. 
Bagaimanapun, cahaya Islam tidak pernah padam  biarpun cuba dipadamkan oleh orang kafir melalui lisan sepertimana  firman Allah dalam al-Quran surah as-Saff ayat 8 : 
“Mereka  sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) Dengan  mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun  orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”
Biarpun  ayah Isabella seorang yang berpengetahuan luas dalam agama Kristian  tapi ternyata dia tidak mampu menewaskan kebenaran Islam yang dibawa  oleh Umar Lahmi malah bertindak menghalau Umar Lahmi dan pelajar Islam  keluar dari rumahnya. 
Kecewa dengan sikap paderi yang bercakap besar  mampu menumbangkan pihak Islam dan sikap ayahnya yang bertindak  menghalau pihak Islam keluar dari rumahnya maka Isabella mangkaji agama  Islam dan dari situlah dia secara sembunyi memeluk Islam. Isabella  diislamkan oleh Ziad bin Umar. Turut memeluk Islam ialah beberapa orang  rakannya yang mengikuti perdebatan tersebut dan antaranya ialah Mirano  St Michael iaitu anak kepada paderi Father Michael, guru agama Kristian  Isabella. Melalui Ziad bin Umar dan Umar Lahmilah Isabella mempelajari  agama Islam dan juga perbandingan antara Islam dan Kristian.
 
 
terima kasih kepada blogger kerana memberi info berguna.. Saya ingin mengenal islam dan kristian dgan lebih dalam lagi. Saya suka membaca debat antara agama, Setakat ini saya hanya menjumpai debat answering islam.
BalasPadamwww.answering-islam.org/Bahasa/index.html mereka mempunyai bukti kukuh tentang agama kristian. Dan saat saya mencari tentang debat keagungan islam. Ternyata tiada apa2 info yg saya dapat selain cacian dan pcobaan untok menyangkal umat kristian. Lebih memalukan, tiada info berguna yg boleh dpakai, semua info mereka (blogger) menunjukan kejahilan mereka dlm mengenal agama..