Rata-rata generasi hari ini adalah generasi pasca merdeka, yang tidak  pernah merasai keperitan perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Negara  mencatatkan satu sejarah besar apabila para pemimpin bersusah-payah  mengembleng tenaga untuk bersatu dan mengorbankan kepentingan  parti-parti mereka demi kemerdekaan. Gabungan Barisan Nasional yang  terhasil masa itu telah memberi harapan baru kepada rakyat.Namun, pada  tahun 1978, disebabkan rasa curiga khususnya di kalangan UMNO terhadap  perkembangan PAS menyebabkan akhirnya PAS ditendang keluar.
   Akibatnya PAS hilang pengaruh, hilang rakan seperjuangan dan hanya  memenangi satu kerusi parlimen oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Era  tersebut telah menjadi sejarah negara, namun begitu ia tiada disebut  dalam mana-mana buku sejarah yang diajar di sekolah.
   Kita banyak menyembunyikan fakta sejarah kecuali yang menyebelahi  pihak parti pemerintah. Sehinggakan fakta kemenangan PAS di Terengganu  seolah-olah dibuang dalam sejarah Terengganu. Kenapa kita tidak jujur  dalam ilmu, sehinggakan akhirnya rakyat sedar mereka telah dibohongi  sejarah?
  Kini, dalam rakyat kita sudah wujud satu generasi baru yang bebas  berfikir, bebas mendapat maklumat dan mengetahui fakta sebenar.  Disebabkan itu, kerajaan tidak seharusnya melayan rakyat seperti di era  1980-an walaupun radio nasional cuba mengembalikan nostalgia lama.
   Rakyat yang menyedari mereka ditipu di Felda bertahun-tahun, kini  mula bangkit menyaman Felda – bahkan mereka sudah memenangi beberapa kes  terhadap organisasi yang seharusnya menjaga kebajikan mereka. Kerajaan  tidak sepatutnya menuduh para peneroka ini sebagai tidak mengenang jasa.  Kerajaan seharusnya memperbetulkan sistem yang menindas mereka dan  bertindak adil terhadap peluh jerih mereka. Ingatlah, mereka bukan  pemberontak, mereka hanya sekadar ingin menuntut kembali hak yang  dirompak daripada mereka.
  Sayangnya, kerajaan yang kita ada hari ini masih berfikiran lama menyebabkan jurang pendapatan rakyat semakin melebar.
Di  saat syarikat-syarikat besar dengan bangga membentangkan keuntungan  berbilion ringgit, rakyat pula melihat kehidupan mereka semakin  terhimpit. Tarif elektrik semakin naik, tambang haji semakin tinggi,  harga minyak semakin meningkat dan kenaikan kadar inflasi sangat ketara  dirasai rakyat. Kerajaan hanya melihat angka di atas kertas, tetapi bagi  rakyat menghitung setiap sen dan ringgit yang terpaksa mereka  belanjakan, mereka betul-betul berasa perit.
   Di saat rakyat mencengkam perut, pemimpin mempamerkan kemewahan  hidup dengan barangan berjenama. Kunjungan pemimpin ke kampung dengan  janji bulan dan bintang, rakyat miskin terpesona dengan ucapan – tapi  seperti kebiasaannya janji pemimpin kerajaan hanya tinggal janji.  Asalkan mereka sanggup mendengar dan menerima penerangan parti  pemerintah bulat-bulat tanpa soal, mereka dianggap rakyat jelata.  Kalaulah, kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa berhimpun membantah  kenaikan harga barang, maka hilangkan status mereka sebagai rakyat  jelata parti pemerintah - mereka akan dicop rakyat pro pembangkang yang  tidak harus dibantu.
   Apabila mereka bantah kenaikan tol dan saman ekor, rakyat jelata  yang terpesona dengan ucapan dan janji parti pemerintah tadi akan  dicemuh sebagai golongan yang melanggar undang-undang.
Kini,  apabila mereka berani untuk berhimpun menuntut sesuatu yang lebih besar  dari keperluan hidup mereka iaitu satu sistem pilihanraya yang lebih  adil dan bersih demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu mereka, mereka  terus dicop sebagai peserta perhimpunan haram yang patut ditembah dengan  air asid dan pemedih gas mata atas dakwaan cuba menjatuhkan kerajaan.
  Saat ini, semua yang dilakukan kerajaan, dikatakan semuanya betul -  dan semua yang dilakukan rakyat salah belaka. Kerajaan kini, seperti  slogan ‘Malaysia Boleh’ – berani lakukan apa sahaja semata-mata demi  kuasa dan kerana mereka menguasai media. Tapi, beringatlah kerajaan  bahawa pada hari ini semakin banyak rakyat yang tidak mempercayai media  perdana!
  Rasa tidak puas hati rakyat semakin melebar… dan mereka sayangkan  negara – tetapi jangan pula kerajaan salah anggap – sayang negara mereka  bermaksud sayang kerajaan pemerintah. Pada saat mereka sayang negara,  mereka juga benci pemimpin yang ego, sombong, tamak, rakus dan zalim.
   Rakyat tidak akan khianat kalau kekayaan negara ini dapat  dimanfaatkan sepenuhnya. Janganlah lagi kerajaan cuba berbohong kepada  rakyat yang bermaklumat. Janganlah lagi anggap rakyat ini bodoh dan  boleh terus dibodohkan – dengan adanya maklumat, mereka menjadi lebih  cerdik daripada yang anda sangkakan.
  Tanyalah pegawai kerajaan tentang pendapatan mereka berbanding kos  hidup mereka.Tanyalah keluhan rakyat miskin di desa dengan segala  kepayahan mereka. Kerajaan tidak perlu keluar statistik bantuan  kebajikan masyarakat – mereka yang susah ini bukan nak dengar semua itu.
   Mereka dukacita kerana sebagai rakyat Malaysia yang menjadi  pengeksport utama minyak sawit, getah dan dilimpahi bahan galian -  minyak, gas, emas, bijih, arang batu, bijih besi dan seribu sumber,  mereka masih dihimpit kehidupan walaupun jumlah rakyat tidak ramai.  Wahai kerajaan, dengarlah rintihan rakyat dan terimalah hakikat.
   Jangan tunggu sehingga rakyat menghukum di dalam pilihanraya - atau  melalui jalan himpunan protes kerana pada masa itu mereka sudahpun  hilang kepercayaan kepada kerajaan yang ada.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Assalamualaikum Dato`, apa yang Dato` paparkan di atas memang ada betulnya, tetapi sebenarnya apa yang Dato` sebutkan itu merupakan kelemahan ke atas parti pembangkang yang sedang Dato` terajui hari ini. Sebenarnya bukan PAS ditendang keluar dari UMNO/BN tetapi PAS sendiri yang keluar dari pakatan tersebut kerana kalahnya pertandingan Dato` Fuad kepada Tunku Abd Rahman. Dato Fuad keluar dan menubuhkan Pan Islamic Party yg telah di lulus daftarkan oleh Mr Rajendran dengan nombor pendaftaran 703, atas dasar tidak dapat menerima kekalahan PAS.Kalau benarlah peneroka merasa tertipu oleh Felda, kenapa bertahun-tahun masih tinggal dalam felda ni....sepatutnya mereka keluar je dari felda dan dedahkan penipuan itu. Walhal selama ini Felda telah banyak membantu peneroka dengan berbagai kaedah bantuan. Sebaliknya apa yang PAS telah tabur jasa kepada masyarakat felda melainkan janji demi janji yang merupakan manifesto pilihanraya yang tak pernah tertunaikan. Dato` Ustaz Ibrahim Tuan Man, isteri ustaz pun seorang guru yang menerima gaji dari kerajaan. Anak Tuan Ibrahim bekerja di UiTM, pernah menerika didikan disekolah bantuan kerajaan, jadi mengapakah jadi begitu. Kalau betullah apa yg dibuat kerasjaan tu salah.....jangan terima lagi jawatan dalam kerajaan.....jadilah pembangkang tegar.Tidak semua pemimpin dlm BN/UMNO tu seburuk yg Dato citerkan.....kenapa sebab dik nyamuk sekor, kelambu dibakar. kenapa benci nakhoda, bahtera ditenggelamkan....
BalasPadamAssalamualaikum Dato`, apa yang Dato` paparkan di atas memang ada betulnya, tetapi sebenarnya apa yang Dato` sebutkan itu merupakan kelemahan ke atas parti pembangkang yang sedang Dato` terajui hari ini. Sebenarnya bukan PAS ditendang keluar dari UMNO/BN tetapi PAS sendiri yang keluar dari pakatan tersebut kerana kalahnya pertandingan Dato` Fuad kepada Tunku Abd Rahman. Dato Fuad keluar dan menubuhkan Pan Islamic Party yg telah di lulus daftarkan oleh Mr Rajendran dengan nombor pendaftaran 703, atas dasar tidak dapat menerima kekalahan PAS.Kalau benarlah peneroka merasa tertipu oleh Felda, kenapa bertahun-tahun masih tinggal dalam felda ni....sepatutnya mereka keluar je dari felda dan dedahkan penipuan itu. Walhal selama ini Felda telah banyak membantu peneroka dengan berbagai kaedah bantuan. Sebaliknya apa yang PAS telah tabur jasa kepada masyarakat felda melainkan janji demi janji yang merupakan manifesto pilihanraya yang tak pernah tertunaikan. Dato` Ustaz Ibrahim Tuan Man, isteri ustaz pun seorang guru yang menerima gaji dari kerajaan. Anak Tuan Ibrahim bekerja di UiTM, pernah menerika didikan disekolah bantuan kerajaan, jadi mengapakah jadi begitu. Kalau betullah apa yg dibuat kerasjaan tu salah.....jangan terima lagi jawatan dalam kerajaan.....jadilah pembangkang tegar.Tidak semua pemimpin dlm BN/UMNO tu seburuk yg Dato citerkan.....kenapa sebab dik nyamuk sekor, kelambu dibakar. kenapa benci nakhoda, bahtera ditenggelamkan....
BalasPadam