Dewan  Undangan Negeri Sarawak dibubar pada hari Isnin 21 Mac 2011. Maka  bermulalah pesta temberang oleh pemimpin BN yang akan membawa  macam-macam janji manis untuk rakyat di Sarawak. Macam-macam janji akan  ditabur untuk rakyat Sarawak, ia merupakan amalan biasa pemimpin BN  setiap kali pilihanraya.
   Menjelang Pilihanraya Sarawak BN cuba hendak melindungi kelemahan  mereka selama ini untuk membangunkan Sarawak. Kegagalan mereka untuk   mentadbir Sarawak dengan menuding jari kepada pembangkang kononnya  Pakatan Rakyat punya angkara. Sedangkan Pakatan Rakyta baru sahaja  berusia tiga tahun.
Kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin  Yassin berkata, akan ada 'hantu-hantu jembalang' dari Semenanjung yang  mahu mengganggu keharmonian rakyat di Sarawak menjelang pilihan raya  negeri itu tidak lama lagi. Menurut Timbalan Perdana Menteri, mereka  hanya datang ke Sarawak pada pilihan raya negeri semata-mata untuk  membuat kacau dengan membawa berita manis untuk menarik sokongan rakyat.  Kenyataan Timbalan Presiden Umno menggambarkan kebimbangan beliau  berkenaan dengan kesedaran di kalangan rakyat Sarawak yang semakin celik  maklumat mengenai kecacatan pemerintahan BN di Sarawak. Mereka sudah  bertanya ke mana sumber kekayaan negeri mengallir. Kehidupan mereka  seolah-olah negeri Sarawak sebuah negeri padang sahara yang tidak  mempunyai sumber hasil bumi. Sebagai satu contoh sebuah kampung yang  berhampiran dengan pejabat Petronas Cari Gali di Miri, terdapat sebuah  kampung Pasir yang didiami oleh masyarakat Iban. Kawasan sudah  didiami hampir 30 tahun tanpa letrik yang terpaksa menggunakan  generator dengan kos RM150 sebulan untuk setiap rumah
  
Tan Sri Muhyiddin anggap PR akan mengganggu Sarawak menjadi negara maju. Kenyataan beliau  seperti  pencuri menjerit pencuri. Apakah Sarawak selama ini diperintah oleh  Pakatan Rakyat? PAS mengharapkan Timbalan Presiden Umno jangan anggap  rakyat Sarawak buta sejarah. Apabila hampir pilihanraya pemimpin mula  jijak kampung rakyat, selepas pilihanraya, rakyat dijijak.
  
PAS  percaya bahawa Timbalan Presiden takut dengan janji “Buku Jingga”  antaranya 20% royalti minyak akan diberikan kepada Sarawak.
  
Datuk Seri Najib telah mengumumkan  peruntukan RM5.7 bilion untuk negeri Sarawak ini sehingga 2012  supaya  Sarawak seimbang dengan Semenanjung dari segi pembangunan. Saban tahun  peruntukan di Sabah dan Sarawak diluluskan, malangnya dari segi  pelaksanaan tidak berlaku. Kehidupan rakyat seperti negeri baru merdeka  10 tahun. Tanah yang luas masih kedapatan, tetapi rakyat merempat di  tanah setinggan, hanya menunggu masa untuk dihalau.
  
PAS  yakin rakyat Sarawak akan buat kejutan dalam pilihanraya kali ini.  Mereka akan merdekakan diri daripada belenggu BN insyaAllah.
    
Ustaz Idris Ahmad
    Ketua Penerangan PAS Pusat
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan