Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah  melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa.  Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Rasulullah (saw)  bersabda: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ada dua  kegembiraan, gembira ketika hari berbuka (Aidilfitri) dan gembira ketika  bertemu Tuhanmu ".
Pastinya, cara umat Islam menyambut  kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam  menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang  perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat  Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri  dan Aidiladha. Anas menceritakan: “ Ketika Rasulullah saw berhijrah ke  Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka  Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk  kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Aidiladha dan  Aidilfitri .” (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)
Jelas di  sini, Aidilfitri bagi umat Islam bukan sekadar satu perayaan, adat atau  budaya. Ia juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia  merupakan anugerah Allah sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua  hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan  Ramadan.
Dalam kita menyambut 1 Syawal, umat Islam sepatutnya  mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam  sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan  untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian  yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling  baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun.  Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah  sudah memadai.
Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga,  umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada  saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba  kekurangan. Firman Allah bermaksud: "Janganlah kamu membazir.  Sesungguhnya orang-orang yang membazir adalah saudara-saudara syaitan  dan syaitan itu kufur terhadap Tuhannya". – (Al-Israa': 26-27) Perkara  terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah  kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim  sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat  handai.
Firman Allah bermaksud: "Takutilah Allah Subhanahu wa Taala  yang kami memohon kepadaNya dan hubungkanlah silaturrahim.”– (Surah  An-Nisa': 1)
Kesimpulan
Bagi pihak pimpinan PAS Kawasan Kulai, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama', kami menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf diatas segala kesilapan yang dilakukan samada menerusi pertuturan, perbuatan serta tingkah laku juga keputusan yang diambil dalam melaksanakan tugas. Jadikanlah syawal ini sebagai jambatan bagi kita mengeratkan semula segala ikatan persaudaraan yang terlerai sebelum ini dan kembali bertaut menjadi satu ikatan yang kukuh dalam menjalankan gerak kerja Islam.
Allahu Akbar!
Kesimpulan
Sambutlah Syawal  dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam  suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri  dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa  dalam keberkatan dan perlindungan Allah s.w.t
Bagi pihak pimpinan PAS Kawasan Kulai, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama', kami menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf diatas segala kesilapan yang dilakukan samada menerusi pertuturan, perbuatan serta tingkah laku juga keputusan yang diambil dalam melaksanakan tugas. Jadikanlah syawal ini sebagai jambatan bagi kita mengeratkan semula segala ikatan persaudaraan yang terlerai sebelum ini dan kembali bertaut menjadi satu ikatan yang kukuh dalam menjalankan gerak kerja Islam.
Allahu Akbar!
 


 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan