Parti Islam Se-Malaysia PAS  merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan  Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM 100 wang ehsan kepada warga emas  telah diambil daripada sumber judi. Tuduhan itu dibuat oleh  Ketua  Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang  mendedahkan Kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000  daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang  mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.
Bagaimanapun,  YAB Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha  Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar Ng Wei Aik  membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi  dan Multimedia Malaysia. Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan  wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil  daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil  RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas
PAS sebagai  sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi  sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan  1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan  ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi.  Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua  tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama  mereka.
PAS  berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar  dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini  terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri  kebajikan adalah haram. Pemimpin Umno tidak memperdulikan bantahan  ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November  1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif  dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN  meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada  Syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan Berjaya Group pada 6 Mei 2010.
PAS  mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis  judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold  Bhd dan Genting Berhad. Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa  “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan  untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan  marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya  ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno. Jangan biarkan  orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi  biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi. 
PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi. Kebiasaannya suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat, contohnya judi halal kalau yang buat itu ialah Kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN. Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC YB Kamalanathan ahli parlimen Hulu Selangor.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan