KUALA LUMPUR 23 Ogos – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya segera menarik balik penjualan minyak sapi QBB di pasaran.
“Jakim  menjelaskan bahawa mereka telah menarik balik status halal minyak sapi  itu sehingga yakin dengan status halal produk tersebut,” katanya dalam  kenyataan akhbar di sini, hari ini. 
Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi itu sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.
Sementara itu, Jakim menerusi laman web www.halal.gov, turut mengumumkan pihaknya telah menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. berkuat kuasa 19 Ogos lalu (baca pada imej di atas).
“Tindakan itu diambil sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan. Oleh itu, QBI Packaging Sdn. Bhd. dilarang menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB,” katanya.
Posted on Tuesday, August 24 @ 15:03:49 PDT
Dilulus untuk paparan oleh  SongkokPutih 
 Oleh A. Karim
laporan dipetik dari Utusan
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan