Setelah berakhirnya perhimpunan Bersih 3.0, maka terdapat desakan dan 
ugutan yang bertalu-talu dari pihak berkuasa Polis DiRaja 
Malaysia (PDRM) supaya individu tertentu yang telah dikenalpasti 
bertindak untuk menyerahkan diri bagi melengkapkan siasatan pihak polis 
dalam isu perhimpunan Bersih 3.0. Malangnya arahan serah diri ini hanya 
terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir
 pihak polis tertentu yang telah bertindak di luar batas undang-undang 
telah dibiarkan begitu sahaja.
Umum mengetahui bahawa kebanyakan mangsa yang menerima layanan buruk
 dan dicederakan dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah berhadapan dengan 
kekasaran pihak polis ini setelah mereka digari, selain dari dipukul dan
 disepak secara betubi-tubi oleh pihak keselamatan yang telah mengheret 
mereka yang sedang dalam
 proses bersurai.  
Kita akur bahawa penahanan seseorang adalah 
di bawah bidang kuasa pihak polis, dengan merujuk kepada peruntukan 
tertentu. Tetapi tindakan memukul mereka yang berhimpun ini, apatah lagi
 yang sedang bersurai adalah salah dan sangat zalim sifatnya.  Bagaimana
 mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin 
keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan 
kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan ?. 
DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan