Sambil  melahirkan rasa  kecewa, beliau berkata terdapat pemimpin di negara ini  yang tidak  berjaya membentuk sahsiah suami dan isteri mereka.
“Sekiranya   ahli keluarga sendiri tidak menutup aurat misalnya, bagaimana dia   hendak memimpin negara dan menyuruh orang lain berbuat demikian. Begitu   juga anak-anak mereka perlu terlebih dahulu dijaga kerana ini memberi   imej kepada pemimpin berkenaan.
“Manakala bagi wanita bergelar   isteri yang menerajui parti politik dan  sesebuah pertubuhan, sekiranya  mereka tidak boleh menegur suami  sendiri, saya rasa ia juga memang  pelik,” katanya yang dipetik Sinar  Harian.
Beliau dilapor  berkata demikian semasa membentangkan  kertas kerja berjudul 1Malaysia  dan Penghayatan Islam sempena Himpunan  Ulama, Cendekiawan Islam dan  Penulis Maya Kebangsaan 2012, semalam.
Menurut  Ridhuan Tee lagi,  seseorang pemimpin perlu utamakan agenda bangsa dan  negara, namun  sekiranya si isteri dan anak-anak kepada pemimpin hidup  bermewah,  perkara ini menunjukkan ada tidak kena.
Beliau berkata, tidak kena jika rakyat disuruh berjimat sedangkan isteri sendiri atau suami tidak berbuat sedemikian.
Ditanya   sama ada menegur peribadi pemimpin dikatakan satu kesalahan, katanya,   dalam Islam, ia digalakkan dan apa dilakukan pemimpin itu menjadi   perbualan.
Malah, kata Ridhuan Tee, menegur keluarga pemimpin  tidak melanggar hak asasi manusia kerana sekiranya ia dibiarkan,   lama-kelamaan pemimpin itu menjadi sasaran musuh politik dan beliau  tidak mahu itu berlaku.
| Harakahdaily, |  | 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan