PAS mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi yang  membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) daripada pertuduhan  melakukan liwat terhadap Saiful Bukhari. Dengan bukti yang cukup rapuh  dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu  keputusan hari ini membuktikan DSAI hanyalah mangsa tohmahan tuduhan  liar yang dibuat oleh beberapa pihak.
        PAS mengharapkan dengan keputusan ini, nama baik DSAI  akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga  beliau dihentikan. PAS menggesa semua pihak khususnya umat Islam kembali  kepada peringatan Allah bahawa qazaf adalah kesalahan dan dosa besar  yang mesti bertaubat dan memohon maaf kepada yang dituduh.
        PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan  kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka  pilihanraya akan diadakan dalam masa terdekat.
Keputusan  ini juga boleh dilihat dari satu sudut yang boleh digunakan media milik  Umno untuk berhabis-habisan menaikkan imej Datuk Seri Najib Razak  sebagai Perdana Menteri. Sehubungan itu, seluruh jentera parti mesti  menggandakan upaya bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam PRU akan  datang.
      Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan