Pegangan Islam nasionalis yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir  teruk dan mengelirukan. Acuan yang diikut bukan berdasarkan kepada apa  yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Islam yang difaham oleh Tun dan  rakan-rakan dalam Umno hanyalah alat untuk berpolitik dan membeli undi  sahaja. Bercakap Islam ikut musim dan suasana, menjauhkan Islam ketika  luar musim perayaan Islam. Fahaman inilah yang mengelirukan orang bukan  Islam di negara ini, dengan tindak tanduk pemimpin Umno.   
  
Parti  Islam Se-Malaysia PAS merasa geli hati apabila mendengar kenyataan Tun  yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz akan bersetuju  jika pendapat rakan  bukan Islam dalam Pakatan menuntut supaya amalan ajaran Islam  dilonggarkan.
   PAS hendak mengingatkan kepada Tun bahawa Tuan Guru Nik Aziz  bukanlah berpolitik sehingga menggadaikan prinsip agama  dan  memperalatkan agama seperti yang disangka oleh Tun. Banyak salah  tanggapan terhadap Islam diperbetulkan  oleh Tuan Guru Nik Aziz sepanjang memerintah Kelantan melalui tindakan  dan amalan.
 Yang menggunakan agama dan orang agama ialah  pemimpin  Umno seperti Tun Mahathir sendiri. PAS daripada dulu lagi  menentang tindak tanduk Lee Kuan Yew dalam politik dan pandagan agama  yang tidak betul. PAS tidak dengar pula Tun Mahathir marah, ketika ayam  sabung beliau, Datuk Seri Najib menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu  kepada Singapura seluas 217 hektar. Kenapa beliau tidak berkokok,  mungkin kerana kehendak dan nafsu serakah beliau ditunaikan oleh Datuk  Seri Najib. Kenapa beliau marah dengan Tun Abdullah Badwi dalam setiap  langkah yang dibuat oleh Tun Abdullah. Masyarakat nampak semua berpunca  daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dizaman beliau.
  Dakwaan Tun Mahathir mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan  orang Melayu juga tertolak. Bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh   penjajah Inggeris. Malah ketika Umno ditubuhkan  pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama,  Parti  Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945. Malah  ketika semua  parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris  pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno. Bukankah ini bukti  kewujudan Umno untuk memecah belah peraduan Melayu dan menjadi alat  penjajah untuk melawan sesama sendiri.
  Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya  Parti Semangat 46. Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di  atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B. Begitu  juga lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang  tidak puas hati dengan cara Tun memimpin parti pada waktu itu dan  melakukan kezaliman terhadaap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
   Apakah Islam nasionalis yang difahami oleh Tun menepati dengan kehendak  Islam. Tindakan Presiden MCA  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekeh  hukum salam  mungkin ini adalah anutan Islam nasionalis. Mungkin Soi Lek  belajar  daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa Nabi simpan janggut , kerana   tidak ada pisau cukur.  Beliau juga melihat bagaimana isteri pemimpin  Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan. Jadi tidak hairanlah Dr Soi Lek  memperlekehkan hukum salam dalam Islam.  Siapa gurunya?
  Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan