Parti  Islam Se-Malaysia PAS merasa kesal terhadap pendedahan Ketua Audit  Negara, Tan Sri Ambrin Buang, bahawa hutang negara pada tahun lalu  berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh  lima tahun. Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun  lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang  Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna setiap rakyat Malaysia seramai 26  juta menanggung hutang sebanyak RM14,000 setiap orang.
 
  
PAS menganggap bahawa hutang yang meningkat  dengan  mendadak kerana ketirisan dan rasuah. Pendedahan Ketua Setiausaha  Negara, mengatakan bahawa negara kerugian akibat rasuah setiap tahun  RM10 bilion. Laporan Ketua Audit Negara 2009 mendedahkan berlaku  penyelewengan mengagihkan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin  (KWAPM) kepada murid tidak layak kerana maklumat pendapatan mereka  meragukan. Malah, ada penerima didapati memiliki kemudahan tidak sepadan  dengan kedudukan kewangan diisytiharkan seperti saluran televisyen  berbayar Astro, lebih sebuah kenderaan dan ada penghawa dingin di rumah.  Begitu juga dengan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah disediakan  sandwich  tanpa sardin, tomato, timun dan salad. Semuanya adalah contoh yang  menunjukkan kegagalan kerajaan Umno BN yang akan digalas oleh rakyat  Malaysia akibat kecuaian kerajaan pada hari ini menguruskan pentadbiran  negara. 
   
Apakah  ini merupakah sebuah kerajaan yang berkesan dalam mentadbir negara ini.  Selalu pemimpin Umno di negara ini sering mendabik dada bahawa parti  yang bijak memerintah ialah Umno dan BN. Selain daripada BN maka tidak  mampu untuk memerintah. Tidak hairanlah kepada kita apabila negeri yang  diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat  terpaksa memikul  bebanan hutang yang perlu dilangsaikan. Kerajaan baru perlu melunaskan  hutang,kerana kita ambil alih kerajaan, bukan ambil alih parti.  Pengalaman PAS di Kelantan terpaksa memikul hutang kerajaan BN sebanyak  RM740 juta selama 12 tahun mereka memerintah Kelantan. Begitu juga  hutang kerajaan Kedah  sebanyak RM2.3 bilion selama 51 tahun Umno BN perintah. Kebijaksanaan  pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau  Pinang menguruskan kewangan dan cuba berusaha membayar balik hutang amat  dikagumi oleh pegawai kerajaan pusat
  
  Persoalannya  apakah rakyat mahu membiarkan keadaan ini terus berlaku dan anak cucu  kita yang akan menanggung derita pada masa akan datang. Pemimpin Umno BN  hanya pandai berbelanja dengan boros dan tidak serius untuk menentang  rasuah dan membetulkan kepincangan. Mereka akan mengorek lombong-lombong  yang masih  ada,  seperti Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP), Petronas,  Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan sebagainya. PAS  menyeru rakyat supaya cukuplah memberi mandat  kepada Umno BN yang mengkhianat rakyat dan masa depan anak cucu kita.
   Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
   
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan