Isnin, Disember 10, 2012

Majlis Makan Malam PAS Kawasan Kulai.

Pada 8 Dis 12 yang lalu PAS Kawasan Kulai telah menganjurkan satu majlis makan malam bagi mengutip dana pilihanraya umum yang belum kunjung tiba. Antara tetamu kehormat yang diundang pada malam itu ialah pimpinan Pakatan Rakyat yang pernah menerajui Kerajaan Negeri Perak seperti YB Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin dan YB Nga Kor Meng. Selain itu majlis telah turut dihadiri oleh YB Tian Chua dari PKR, YB Dr Boo Cheng Hau dari DAP, Dato Tamrin Tun Ghaffar dan Sdr. Mazlan Aliman dari PAS.

Majlis makan malam ini adalah julung-julung kalinya di anjurkan oleh PAS Kawasan Kulai dan mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat sekitar Bandar Kulai. Sebanyak 70 meja telah terjual pada malam tersebut dan dianggarkan sekitar 600 hingga 650 tetamu telah hadir. Restoran Damai Dayang yang terletak di dalam IOI Mall telah digemparkan dengan kehadiran barisan kepimpinan Pakatan Rakyat disamping ucapan mereka yang menggamatkan dewan.


Kehadiran Dato' Seri Nizar dan Exconya Nga Kor Meng telah menarik perhatian ramai pengunjung. Masing-masing khusyu' mendengar ceramah yang disampaikan oleh kedua mereka. Ternyata masyarakat di Kulai yang berbilang bangsa dan agama ingin mengetahui perkembangan terkini yang sedang berlaku di Negeri Perak. Dari mood yang ditunjukkan oleh tetamu yag hadir, mereka kini telah bersedia untuk membuat perubahan. Hari itu sahaja Dato' Seri Nizar terpaksa menghadiri 4 program di Johor bermula disebelah petang, diikuti dengan makan malam di Kulai dan Kota Tinggi serta ceramah di kawasan Tenggara. Semua tokoh yang diundang setidak-tidaknya menghadiri 2 program pada malam tersebut. Inilah momentum yang sedang berlaku di Negeri Johor yang menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional. Kubu yang semakin dirobek sedikit demi sedikit.

PAS Kulai mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang telah sudi membeli meja utama, juga kepada para tetamu yang sudi menderma untuk dana pilihanraya kami, termasuk mereka yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Kepada individu-individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, kami doakan semoga amal bakti yang ditabur mendapat pembalasan yang setimpal dari Allah swt. AMIN.

TERIMA KASIH SEMUA.

 

1 ulasan:

  1. Boleh ke apa yang dikatakan pemimpin PAS yang sangat ISLAM ni berceramah tanpa memburukkan orang lain ? ... cuba guna otak sikit bagi tahu pendengar yang taksub tu bagaimana PAS boleh bangunkan ummah ...apa rancangan jangka pendek, sederhana dan panjang ... yang penting bagaimana nak laksanakan segala perancangan tu ...

    BalasPadam