Selasa, Disember 04, 2012

53% lompat parti, 31% lagi sabotaj Umno




KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
(Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang)

Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.

Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"

Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.

Solan-soalan itu adalah:

1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 %     (473)

2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 %     (194)

3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)

4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)

5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)

Jumlah Undian: 7894

Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno.

Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat.

Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."

Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".

Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".

Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu.

sumber : Harakahdaily

1 ulasan:

  1. setiap rakyat Malaysia yang menyertai mana-mana parti politik mesti bertanya kepada diri sendiri mengapa dan kenapa dia menjadi ahli dan mengundi untuk parti tersebut ...

    adakah menjadi ahli PAS kerana nak tegakkan ISLAM ... ? fikir balik ..UMNO tak bagi ke kebebasan untuk beribadat dan berdakwah memperjuangkan ISLAM ? UMNO tak bina ke madrasah, surau dan masjid .. ? sebelum ada PAS dan UMNO ... orang Melayu tak cukup ISLAM ke ... kenapa join PAS baru ISLAM ... ? jangan lah taksub sangat dengan kata-kata pemimpin PAS yang dikatakan sangat ISLAM ..

    Renungkan tanda-tanda kecil kiamat:
    1. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

    “ “Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran. ”
    “ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

    2. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan[perlu rujukan]

    3. Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik

    BalasPadam