FELDA sedang dalam proses kehancuran, tunggu sahaja
 Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu  kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya,  pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO  atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara  mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka  disokong ramai.
Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda  perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam  kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan  lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat  berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang  ber[pecah pada tahun 1988 dahulu.
Berlainan dengan UMNO yang di  tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan  rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan  seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di  atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa  mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya  mati itu.
UMNO sebenarnya tidak boleh langsung enyalahkan  mana-mana pihka termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami  sekarang. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk  mempertahankan benteng mereka krana telah menjadi pemerintah begitu  lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana ‘culture’  yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan  segala benteng pertahanan parti itu.
D imana sahaj UMNO masuk  campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang  pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan  kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah  apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat  bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula  di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita  boleh lihat dalam mana konsept pengswastaan serta ‘corporatization’  ciptaan Dr Mahathir dahulu.
Banyak syarikat-syarikat kerajaan  yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya  tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan  sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang  berlaku di Felda sekarang ini.
Sebenarnya apa yang berlaku di  dalam Felda ini memang sudah dijangkan apabila perbedanan ini telah di  pindahkan dari Kemeneterian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan  Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan  dan dimajukan di bawah Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemipin  yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda  dengan air lior yang meleleh seperti anjing nampak tulang.
Mereka-mereka  ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada  kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk  campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin ‘topple’ menople  dalam badan yang sangat kaya itu.
Apabila pengerusi kepada  Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk  mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan  yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan  berlaku.
Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di  dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk  berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada  Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah  untuk bercuti selama lapan bulan ini.
Apabila sudah berlaku  perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi.  Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina  kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah  kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi  yang sudah tiada di zaman ini.
Di tambah pula dengan kemasukan TS  Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang  peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam  Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka  ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.
Insyaallah saya akan  menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang  akan akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi  oleh FELDA keseluruhannya.
Buat setekat ini, peneroka hanya  hafalkan satu perbilangan, iaitu ‘ibarat menanam pohon yang condong,  pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang  lain.
ATAU pun ingat kepada satu lagi, ‘peneroka di jadikan  seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di  baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi’.
Aspan Alias
Sumber : Harakahdaily
 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan