Khamis, April 18, 2013

Kisah lucu pra kempen PRU 13

Semalam penulis pergi ke Felda Inas bersama calon PAS N50 Bukit Permai, Sdr Mazlan Aliman bersama beberapa orang rakan lagi untuk menziarahi Ketua JKKK dan dua orang lagi yang berpengaruh di felda tersebut. Yang mengepalai rombongan kami ialah seorang ketua UMNO cawangan di Kulai. Pendekata pertemuan antara calon PAS dengan pimpinan UMNO di Bahagian Kulai.

Chech point kami ialah di Masjid Jamek Felda Inas. Selepas solat Isya' kami pun bergerak kelokasi pertama iaitu rumah tok ketua. Kalau kata orang Melaka, tok sidang. Tuang Hj Salam ini mengalami penyakit kencing manis dan kini menjalani proses dialasis sebanyak 3 kali seminggu. Yang peliknya dalam rmbongan kami tu, turut serta seorang Orang Kuat UMNO (OKU) yang bersongkok tinggi terpacak diatas kepalanya. Penulis pun naik hairan lalu bertanya kepada Sdr Mazlan "macamnana OKU ini boleh ikut kita". Mazlan menjawab "ana pun tak tahu".

Tak apalah. Dipendekkan cerita OKU ini pun ikut kita sampai kerumah yang terakhir ziarah pada malam tu (rumah ketiga). Dalam perbualan dirumah terakhir tu, tuan rumah kenal Sdr Mazlan lalu bertanya khabar tentang keluarga beliau. Apabila si OKU ini mendengar nama Mazlan, beliau pun bertanya "nama awak Mazlan, bukan Alimazat?". Mazlan lantas menjawab " Alimazat tu BN, saya PAS". "oooooo itu ceritanya" kata si OKU ni. Tahu sahaja beliau telah tersilap orang, berubah air mukanya. Tak cukup sekadar itu, OKU ini pun terus keluar meninggalkan rumah dan balik berjalan kaki.

Kesian dia. Tersalah orang rupanya. Yang peliknya bukan dia tak nampak beg berlogo PAS yang kita bawa sebagai sumbangan. Agak Allah swt menutup matanya ketika itu. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan kembali kepada Islam yang sebenar dan menyokong PAS. Amin...

Sedikit coretan menjelang PRU.....


Khamis, April 11, 2013

Seteru politik Pakatan Rakyat memulakan provokasi.

11 Apr 13 (Khamis)
Pihak lawan politik PAS, DAP dan PKR telah memulakan provokasi politik dengan menconteng banner gergasi Pakatan Rakyat di persimpangan masuk ke Taman Mas Kulai. Perkara ini disedari oleh para petugas parti pagi ini. Sehubungan dengan itu, satu sidang media telah diadakan dan satu laporan polis akan dibuat bagi menghentikan tindakan tidak bertamadun pihak parti lawan.

Kejadian ini menunjukkan betapa tidak bermoralnya mereka dan masih lagi kekal dengan perangai buruk sejak dari dulu lagi. Mana perginya etika kerja dan disiplin yang diwar-warkan oleh pemimpin mereka. Kejadian ini dan banyak lagi kejadian sama ditempat-tempat lain membuktikan bahwa yang akan menimbulkan keadaan huru-hara apabila kalah ialah pihak UMNO/BN, bukannya Pakatan Rakyat seperti yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri sedikit masa dulu.

Inilah yang dikatakan oleh pepatah melayu : Menepuk air didulang terpercik kemuka sendiri ; Meludah kelangit akhirnya jatuh kemuka sendiri dan Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Para petugas PR tidak hirau pun dengan banner dan bunting BN yang merata disekitar bandar Kulaijaya. Kita menghormati hak berpatisipasi dalam pilihanraya sambil menjunjung amalan demokrasi. Kita menolak budaya politik samseng kerana kita mahukan transformasi kuasa pemerintahan secara aman dan tertib.

Semoga kejadian ini dapat menyedarkan rakyat betapa jeliknya perangai musuh politik Pakatan Rakyat dan seterusnya membawa kepada kehancuran UMNO/BN dalam PRU13 yang akan datang ini.

INIKALILAH : TAKBIR !


Rabu, April 10, 2013

Bendera PAS berkibar megah di Felda Bukit Permai

Suasana begini tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya di felda ini. Tapi bagi PRU ke 13 ini semuanya dah berubah.

INI KALILAH


Pelancaran jentera PRU UPU Bukit Permai dan Murni Jaya

Pelancaran telah dillakukan oleh YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS pada 7 Apr 2013 di bilik gerakan UPU Felda Bukit Permai.


Pengakuan seorang ahli wanita UMNO

Pendedahan ini dilakukan ketika satu sidang media di Pusat Media P163 Parlimen Kulai.


INI MACAM PUN ADA....


Khamis, April 04, 2013

Pastikan Undi Anda Untuk Selamatkan Malaysia


(Sila klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang jelas)



Rabu, April 03, 2013

Mazlan Aliman bertanding di Johor.

3 April 2013.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Sdr. Mazlan bin Aliman mengumumkan akan bertanding di Johor dalam PRU ke 13 yang akan datang ini. Pengumuman itu dibuat ketika berceramah bersama YB Khalid Samad di PASTI Bandar Putra, Kulai malam tadi. Dengan pengisytiharan itu terjawablah teka-teki tentang tempat dimana beliau akan bertanding. Pengumuman itu telah disambut dengan laungan takbir oleh para hadirin yang hadir.

Ini menunjukkan betapa seriusnya Pakatan Rakyat berhasrat untuk menumbangkan UMNO/BN di Negeri Johor. Selain Sdr. Mazlan yang mengesahkan akan bertanding di Johor, tiga tokoh lain yang telahpun membuat pengumuman sebelum ini ialah :
  1. YB Sdr. Salahudin Ayub : Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan.
  2. YB Sdr. Lim Kit Siang : Ahli Parlimen Ipoh Timur, Perak.
  3. YB Sdr. Liew Chin Tong : Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Mudah-mudahan kehadiran kempat-empat tokoh Pakatan Rakyat ini mampu memberi suntikan semangat kepada petugas PK menjalankan misi merampas Johor dari tangan UMNO / BN. Insya'allah.

TAKBIR.


Selasa, April 02, 2013

Erti sebuah kehidupan.

Lama benar dah penulis tidak mengetuk butang-butang notebook ini untuk berbicara dialam siber. Dua tiga minggu kebelakangan ini agak sibuk dengan tugasan akhir bagi mempersiapkan jentera untuk menghadapi pilihanraya yang diheboh-hebohkan berlaku pembubaran parlimen pada Jumaat 29 Mac yang lalu. Namun PM semakin tidak bertemu dengan tarikh yang sesuai. Nasib baik bukan berpuasa. Kalau puasa tak jumpa anak bulan, jawabnya tak raya lah kita. 

Disamping itu, penulis juga sibuk melayan kerenah UMNO di facebook yang menjadi hangat apabila kisah Pak Utoh di Kg Melayu Sedenak disiarkan di media sosial. Ia menjadi semakin panas apabila ia disiarkan didalam akhbar berbahasa melayu, Sinar Harian pada keluaran hari Khamis 28 Mac 2013. Meroyan UMNO. Bersilat mereka menafikan berita yang tersiar. Apa yang disiarkan dilaman sosial dan media cetak ialah realiti yang berlaku tanpa sebarang rekayasa yang dibuat. Bahkan pendedahan itu dilakukan oleh anak tempatan yang simpati diatas nasib yang menimpa warga emas tersebut.

Ziarah kebajikan diteruskan pada minggu berikutnya di kampung yang sama. Kali ini melibatkan 15 keluarga dan menemukan kami dengan seorang anak muda yang tinggal dengan ibunya yang mengalami gangguan mental. Anak muda ini tinggal dengan serba kedaifan. Dia dinafikan sebarang bantuan dengan alasan rumahnya besar. Sedangkan ruang tempat dia dan ibunya tinggal hanyalah disatu sudut sahaja kerana ruang yang ada walaupun luas tetapi tidak dapat didiami akibat bumbung yang bocor. Bilik tidur yang ada pun tidak dapat digunakan. Sekiranya hujan maka dua beranak ini akan duduk disudut yang disebutkan tadi. Inilah realiti kehidupan. Kali ini, apabila berita mengenainya disebar di media sosial, pembela bangsa yang namanya UMNO bisu seribu bahasa. Tidak seorang pun yang tampil mengatakan kami menipu dan menyebar fitnah.

Tidak cukup dengan itu, kami menemukan dengan satu kes yang lebih kronik lagi. Kali ini di Felda Taib Andak, Kulai. Seorang ibu tunggal yang baru kematian suami, tinggal seorang diri dan tidak dapat bergerak akibat patah kaki kerana kemalangan. Ibu ini tinggal dalam rumah yang amat menyedihkan. Dahulunya kalau lalu dihadapan rumahnya, penulis menyangka sudah tidak berpenghuni kerana keadaannya yang semak samun tidak terjaga. Satu lagi realiti kehidupan. Walau apapun masalah dalaman yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang dibicarakan ini, kita sebagai warga yang prihatin tidak seharusnya membiarkan ia begitu sahaja tanpa sebarang kepedulian. Dimana perginya kontrak sosial dalam sebuah masyarakat. Apabila PAS turun membantu dan mendedahkan kepincangan sebegini, kami dituduh membuat pembohongan dan menyebar fitnah.

Masih ingat dulu, apabila kami membina semula rumah Mak Teh di felda yang sama, macam-macam cerita memperlekeh usaha kami. Tetapi apabila ia berjaya disiapkan dan diserah secara rasmi oleh Dato Seri Tuan Guru Presiden, masing-masing tutup mulut. Tapi kali ini nampaknya alhamdulillah. Bimbang PAS membina sebuah lagi rumah baru di tempat yang sama, JKKK telah memulakan langkah untuk membaikpulih rumah ibu tunggal ini. Mudah-mudahan mereka berjaya. Kami dari Parti Islam Semalaysia sentiasa menyokong segala usaha murni untuk kebaikkan dan kebajikan ummah walaupun kita berbeza ideologi politik.