Selasa, Disember 04, 2012

Ekspresi Anak Muda : Jom Santai & BBQ

Pada malam 2 Dis 2012, anak-anak muda Felda Bukit Permai telah menganjurkan makan malam ala BarBeeQue bersama pimpinan PAS Kawasan dan Dewan Pemuda. Tetamu kehormat pada malam itu ialah Sdr. Mazlan Aliman yang diundang khas untuk memberi info terkini mengenai isu-isu Felda yang begitu hangat dibincangkan di dalam PAU. Kehadiran anak muda dan juga kaum muslimat pada malam tersebut amat diluar jangkaan. Ditambah lagi dengan kehadiran Tuan Imam Felda tersebut bagi membacakan doa pembukaan majlis, telah menjadi jarum suntikan bagi generasi kedua untuk bersama dengan Pakatan Rakyat pada PRU ke 13. Sambutan yang diberi menunjukkan, anak-anak muda sudah tidak lagi menjadi budak suruhan UMNO / BN seperti yang sering dilakukan oleh mereka sebelum ini. Mereka kini sudah bijak menilai, tahu mana intan mana kaca. Suatu lonjakkan yang menambah rimaskan UMNO. 

Sambutan yang diberi kali ini mempamirkan bahwa mereka sudah bersedia untuk membuat perubahan. Ini jelas dari respon spontan yang dikeluarkan semasa ucapan pimpinan PAS sebagai menyahut seruan yang diseru. Fenomena seperti ini tidak pernah berlaku dalam PRU-PRU sebelum ini terutama di Felda Bukit Permai yang menjadi kubu kuat UMNO di Kulai selama ini. Kini mereka sedang merangka jawatankuasa penaja bagi menubuhkan cawangan disamping menyusun gerak-kerja mendekati pengundi bagi memberi penerangan mengenai senario politik masakini.

PAS Kawasan berserta sayap-sayapnya dari kalangan Pemuda, Muslimat dan Ulama' sudah menyiapkan segala kelengkapan yang perlu bagi menyambut ledakkan ini. Jelas kini, Felda bukan lagi simpanan tetap UBN terutama dari kalangan generasi kedua dan ketiga mereka. Sogokan material dalam bentuk wang ringgit sudah tidak mampu membeli hati-hati mereka. Bagi anak muda, membuat perubahan politik bukan satu perkara mustahil dan menyusahkan. Kata mereka " Belum cuba belum tahu. Apa salahnya kita cuba." Inilah aspirasi mereka. Pimpinan Pakatan Rakyat harus bijak mengiringi aspirasi ini. Insya'allah mereka akan melakukan perubahan.

ALLAHU AKBAR !


1 ulasan:

  1. Kalau dok asyik umpan generasi muda dengan makan ..sampai bila mereka boleh berfikir untuk bangunkan diri mereka dan ummah ... PAS yang sangat ISLAM ni tak ade lain ...makan ..makan ..makan ...cuba bayangkan kalau beribu kg durian habis dalam masa 1 jam ... tabiat orang Melayu ...bila banyak makan ..mata mula ngantuk ..jadi apa orang cakap ..tambah-tambah lagi putar alam pemimpin PAS yang sangat ISLAM ni .... mereka angguk jer ... otak dah tak boleh berfungsi lagi ..kalau ada orang kata ..tahi Nik Aziz ...kalau jumpa .. ambik bungkus elok elok ... letak bawah bantal ...boleh jadi penawar ...mereka akan angguk percaya

    BalasPadam